Jumaat, 18 Januari 2013

Salam jumaat... penghulu segala hari. Tiba-tiba plak rase nak share tentang pakaian muslimah masa kini... Alhamdulillah permulaan tahun yang agak baik utk aku. sekarang aku dah mula rase nk menutup aurat lebih sempurna dari sebelum ni. pada pendapat aku tak semestinya menutup aurat tu tak cantik. maklum la sekarang macam2 fesyen ada kan, kalau kita pakai tutup2 orang tengok cam kita kolot. tapi kalau kene dengan apa yang kita pakai menutup aurat adalah sangat cantik. Cuba bayangkan kalau depan umum kita boleh bukak sana sini, jadi kat mana special nya kita depan mata suami??

Fikir la di mana terletaknya harga diri kita, nak kelihatan mahal atau sebaliknya... ok stop malas nk ceramah ke apa sebab ilmu aku tak seberapa lagi dalam bab2 agama ni... hihi, now nak share cara aku berpakaian sekarang. Yang boleh dipakai utk semua majlis... agaknya la...

1. Dari segi tudung, aku dah mula kurangkan pakai tudung express disebabkan aku pakai saiz M kadang tudung tu terselak ke ape. Tudung ni akan jadi pilihan bila nk berkebun ke lebih senang orang kata untuk buat aktiviti santai je. Jadi pilihan aku untuk gantikan tudung express ni aku pilih shawl, shawl yang panjang tu. bila pakai aku rase nice, sopan dan trendy. setakat ni aku shopping shawl kat FB dengan Asyek Asyek, Humaira dan Radiusite. Macam2 ada, pandai2 la pilih mana yang berkenan di hati. Lagipun harga shawl lebih murah berbanding tudung express yang beratus2 hinggit tu....

2. Untuk baju, kalau nak sopan biasa la orang akan pilih baju kurung kan... aku pun salah seorang yang selesa berbaju kurung. tapi aku jenis yang suka yang simple2 je. jadi kalau pilih kain aku akan beli yang kosong. kenekan plak dengan shawl ada bunga skit kan nice tu. tapi setakat tulis je ape kelass kan, kene la show pict. sorry ye... buat masa ni xde pict2... insyaAllah minggu depan ada... hihi...

Kesimpulanya atas keselesaan masing2 kan, aku pun macam orang lain juga ada masa pakai jeans tapi yang pastinya biarlah apa yang kita pakai menutup aurat, sesuai dgn keadaan, selesa dan yang pentingnya suami suka. Bukankah redha suami itu menandakan redha Allah kepada kita.... wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan