Assalamualaikum..
Dah hampir 2 minggu balik dari jakarta, kenangan kat sana masih segar dari ingatan. rasa bersyukur dapat menjejakkan kaki ke sana. dapat melihat ciptaan Allah yang maha luas.... byk sangat tangkp gambar semasa di sana al maklum lah negara orang, bukan selalu boleh pegi.
Cuaca kat Malaysia dengan Jakarta xjauh beza, lebih kurang saje. Petempatan kat sana sangat la padat. Pemandangan malam di Jakarta boleh tahan menarik. Yang paling saya kagum ialah keramahan penduduk indonesia. semasa sampai kat airport kitorg bergambar la kan, apa lagi.... dan ada pekerja kat airport menawarkan diri untuk mengambil gambar saya sekeluarga.... kire ok la tu kan.... tapi xkurang ada juga yang mahal dengan senyuman..... maklum lah lain orang lain ragam kan..... Ni je lah pict yang boleh saya share, mana yang kurang boleh pergi sendiri melihat dan merasa pengalaman di negara orang.
sorri gambar blurr.. yang ni gambar semasa makan malam kat restoran apa ntah... saya dah lupa nama restoran ni. konsep restoran ni xde kerusi cuma meja. macam kat jepun plak kan... hihi... suasana kat sini pun suram bertemankan cahaya yang samar2 je.. ada aircond tapi tak rase ape pun. kat sini kitorg order nasi ayam penyet. now blh la try ayam penyet original made in jakarta.... emmmm bagi pendapat saya la. lagi best nasi ayam penyet yg kat Malaysia sbb ada sekali dengan sup. sini xde sup.
Apa yang saya tak suka kat restoran ni ialah bau rokokkkk...... perempuan plak tu yg merokok. dah la saya bawak baby... adoyai tempat tertutup pun nak merokok jugak ke cik adik oiii?....
ni la gelagat anak lelaki saya, pantang dapat landing atas tilam sure mintak ipad nak melayan kartun. di jakarta kami stay di Rasuna Icon Hotel, bagi kitorang penginapan kat sini okay kecuali internet yang slow.. alhamdulillah dapat beradu dengan lena.. tapi anak member yang joint sekali bilang 'hotel ni xbest, kegembiraan tak dapat dikeluarkan katanya....' hahahahhaha.... kelakar btol.
Lepas makan kitorg jalan-jalan kat Tugu Monas, sori saya mmg tak ambil tahu sangat pasal menara ni, mungkin ni menara kebanggaan kat Indonesia. Malam kitorg sampai kat sini ada ceramah berdekatan menara ni. Mmg ramai sangat anak-anak muda yang macam2 gelagat... budaya merokok kat sini memang berleluasa, budak kecik maybe darjah 6 pun merokok... adoyai... xselesa btol dgn bau rokok dorang. pencemaran udara btol la... jalan-jalan2 kat sini dalam 30 minit, cahaya lampu yang menyala kat menara ni akan bertukar2 warna.... cantik. orang cakap kat paling atas menara tu ada bongkah emas.... emmm...
Antara gambar yang diambil dipersekitaran Tugu Monas.....
Duit Indonesia yang perlu dihabiskan dalam masa seminggu..... kui2.... dalam ringgit malaysia ialah RM 2k++ sahaja..
Ni antara menu dinner malam pertama kat Jakarta... pisang goreng.. emmm rasanya mcm disalut madu.... kalau kasi bintang 3 dari 5.... not bad. Tapi pisang goreng kat hotel bandung mmg superrr sedap.... rugi kalau x try....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan