Selasa, 2 April 2013

Menyamankan persekitaran kediaman

Assalamualaikum...

Kebelakangan ni cuaca di Kota Bharu memang hot... keadaan yang panas kering menjadikan persekitaran kita tak selesa untuk bernafas. Lantai cepat sangat berdebu... perabut2 rumah berhabuk... dah la ada anak kecik. Masing-masing mungkin ada cara untuk menyegarkan kediaman, ada yang guna perfume, mop lantai dengan kerap dan sebagainya. Untuk rasa selesa dan udara bersih saya gunakan 'water washed air refresher'. rupanya macam pict kat bawah.

Ni bukan yang saya punya... saya ambik pict ni dari image google. tak sempat nak snap gambar yang sendiri punya.. bentuk lebih kurang macam ni cuma warna pink.. agak membantu menyegarkan bilik. rasa selesa sikit, yang ni kene selalu tukar air dalam 2 3 hari... maybe ada yang auto. xsempat lagi nak usha, nanti masuk rumah baru boleh cari yang advance sikit. 

Harga saya tak sure berapa sebab dapat percuma dari ogawa... hihi.... kesimpulanya memang saya syorkan sangat untuk sesiapa yang alahan pada habuk dan sangat sesuai digunakan jika anda mempunyai anak kecil.... benda alah ini membantu menyegarkan kediaman anda...

Jumaat, 29 Mac 2013

@Jakarta, Indonesia

Assalamualaikum..

Dah hampir 2 minggu balik dari jakarta, kenangan kat sana masih segar dari ingatan. rasa bersyukur dapat menjejakkan kaki ke sana. dapat melihat ciptaan Allah yang maha luas.... byk sangat tangkp gambar semasa di sana al maklum lah negara orang, bukan selalu boleh pegi. 

Cuaca kat Malaysia dengan Jakarta xjauh beza, lebih kurang saje. Petempatan kat sana sangat la padat. Pemandangan malam di Jakarta boleh tahan menarik. Yang paling saya kagum ialah keramahan penduduk indonesia. semasa sampai kat airport kitorg bergambar la kan, apa lagi.... dan ada pekerja kat airport menawarkan diri untuk mengambil gambar saya sekeluarga.... kire ok la tu kan.... tapi xkurang ada juga yang mahal dengan senyuman..... maklum lah lain orang lain ragam kan..... Ni je lah pict yang boleh saya share, mana yang kurang boleh pergi sendiri melihat dan merasa pengalaman di negara orang.

 sorri gambar blurr.. yang ni gambar semasa makan malam kat restoran apa ntah... saya dah lupa nama restoran ni. konsep restoran ni xde kerusi cuma meja. macam kat jepun plak kan... hihi... suasana kat sini pun suram bertemankan cahaya yang samar2 je.. ada aircond tapi tak rase ape pun. kat sini kitorg order nasi ayam penyet. now blh la try ayam penyet original made in jakarta.... emmmm bagi pendapat saya la. lagi best nasi ayam penyet yg kat Malaysia sbb ada sekali dengan sup. sini xde sup. 
Apa yang saya tak suka kat restoran ni ialah bau rokokkkk...... perempuan plak tu yg merokok. dah la saya bawak baby... adoyai tempat tertutup pun nak merokok jugak ke cik adik oiii?....


 ni la gelagat anak lelaki saya, pantang dapat landing atas tilam sure mintak ipad nak melayan kartun. di jakarta kami stay di Rasuna Icon Hotel, bagi kitorang penginapan kat sini okay kecuali internet yang slow.. alhamdulillah dapat beradu dengan lena.. tapi anak member yang joint sekali bilang 'hotel ni xbest,  kegembiraan tak dapat dikeluarkan katanya....' hahahahhaha.... kelakar btol.


 Lepas makan kitorg jalan-jalan kat Tugu Monas, sori saya mmg tak ambil tahu sangat pasal menara ni, mungkin ni menara kebanggaan kat Indonesia. Malam kitorg sampai kat sini ada ceramah berdekatan menara ni. Mmg ramai sangat anak-anak muda yang macam2 gelagat... budaya merokok kat sini memang berleluasa, budak kecik maybe darjah 6 pun merokok... adoyai... xselesa btol dgn bau rokok dorang. pencemaran udara btol la... jalan-jalan2 kat sini dalam 30 minit, cahaya lampu yang menyala kat menara ni akan bertukar2 warna.... cantik. orang cakap kat paling atas menara tu ada bongkah emas.... emmm...


 Antara gambar yang diambil dipersekitaran Tugu Monas.....

Duit Indonesia yang perlu dihabiskan dalam masa seminggu..... kui2.... dalam ringgit malaysia ialah RM 2k++ sahaja..



Ni antara menu dinner malam pertama kat Jakarta... pisang goreng.. emmm rasanya mcm disalut madu.... kalau kasi bintang 3 dari 5.... not bad. Tapi pisang goreng kat hotel bandung mmg superrr sedap.... rugi kalau x try....

Khamis, 14 Februari 2013

Persiapan rumah baru

2 3 minggu ni kepala rase pening je, mana taknya berjalan tak henti2 mmg hari minggu xde kat rumah, xpe la janji semua orang bahagia... start berjalan 3hari 2 malam kt riyaz heritage terengganu. di Terengganu atas urusan kerja pastu ke kuantan 3 hari 2 malam di Zenith hotel pun atas urusan keje, pastu bawa family suami ke langkawi. Langkawi utk percutian keluarga.... bestnya kalau dapat pi spa massage2 rilek2...... manjakan diri...... tapi masa tak mengizinkan lagi.... InsyaAllah minggu depan boleh kut... mmg xsabar.

Minggu ni pening kepala sikit buat pilihan lampu2 nak pasang kat rumah baru, rumah pertama kami. Alhamdulillah dah mampu ada rumah sendiri, syukur sgt. Semoga rezeki ini berpanjangan.... minggu ni nak settle pasang lampu, boleh dikatakan seluruh ruang rumah dipasang dengan lampu LED, menjimatkan tenaga elektrik dan dikatakan lampu LED juga tahan lama. cuma pelaburan lampu jenis ni sgt la tinggi, masa beli tu je la... yg penting pencahayaan lampu ni sgt lah cantek ok...

Nanti dh siap pasang sume, aku akan update k. bukan utk apa, sebagai rujukan pada yang tercari2 lampu sesuai utk rumah masing2... ok bye!!!!!

Jumaat, 18 Januari 2013

Salam jumaat... penghulu segala hari. Tiba-tiba plak rase nak share tentang pakaian muslimah masa kini... Alhamdulillah permulaan tahun yang agak baik utk aku. sekarang aku dah mula rase nk menutup aurat lebih sempurna dari sebelum ni. pada pendapat aku tak semestinya menutup aurat tu tak cantik. maklum la sekarang macam2 fesyen ada kan, kalau kita pakai tutup2 orang tengok cam kita kolot. tapi kalau kene dengan apa yang kita pakai menutup aurat adalah sangat cantik. Cuba bayangkan kalau depan umum kita boleh bukak sana sini, jadi kat mana special nya kita depan mata suami??

Fikir la di mana terletaknya harga diri kita, nak kelihatan mahal atau sebaliknya... ok stop malas nk ceramah ke apa sebab ilmu aku tak seberapa lagi dalam bab2 agama ni... hihi, now nak share cara aku berpakaian sekarang. Yang boleh dipakai utk semua majlis... agaknya la...

1. Dari segi tudung, aku dah mula kurangkan pakai tudung express disebabkan aku pakai saiz M kadang tudung tu terselak ke ape. Tudung ni akan jadi pilihan bila nk berkebun ke lebih senang orang kata untuk buat aktiviti santai je. Jadi pilihan aku untuk gantikan tudung express ni aku pilih shawl, shawl yang panjang tu. bila pakai aku rase nice, sopan dan trendy. setakat ni aku shopping shawl kat FB dengan Asyek Asyek, Humaira dan Radiusite. Macam2 ada, pandai2 la pilih mana yang berkenan di hati. Lagipun harga shawl lebih murah berbanding tudung express yang beratus2 hinggit tu....

2. Untuk baju, kalau nak sopan biasa la orang akan pilih baju kurung kan... aku pun salah seorang yang selesa berbaju kurung. tapi aku jenis yang suka yang simple2 je. jadi kalau pilih kain aku akan beli yang kosong. kenekan plak dengan shawl ada bunga skit kan nice tu. tapi setakat tulis je ape kelass kan, kene la show pict. sorry ye... buat masa ni xde pict2... insyaAllah minggu depan ada... hihi...

Kesimpulanya atas keselesaan masing2 kan, aku pun macam orang lain juga ada masa pakai jeans tapi yang pastinya biarlah apa yang kita pakai menutup aurat, sesuai dgn keadaan, selesa dan yang pentingnya suami suka. Bukankah redha suami itu menandakan redha Allah kepada kita.... wallahualam...

Bekam Sunnah

Kebelakangan ni badan rasa cam berisi, maybe disebabkan jadual makan yg tak tentu. selalu sangat makan malam. bangun pagi tak lapar lagi pun sambar juga nasi.... mau tak naik 4kg... sekarang berat dah 44++ berada diparas bahaya bagi aku yg ketinggian hanya 147cm... huhu, dah la kalau gemuk naik tang muka dulu.... alahai... maybe aku happy kut leni... hehe.. kesan daripada x sedap badan ni aku mula la buat aktiviti di luar rumah bawak bby jalan keliling taman la, berkebun la.... maklum lah selama ni asyik terperap kat dalam rumah... bukan ape xnk keluar rumah. persekitaran yang aku rase tak berape fresh... dah la panas berdebu plak tu... 

Dipendekan cerita badan still rs x selesa walaupun berkebun bagai.. hahaha, makin lenguh2 sendi ada lah.. nak pegi spa malas nk tinggal bby lama2. lagipun xjumpa lagi spa yg sesuai area rumah sewa aku ni.. merungut punya merungut depan en suami, dia pun suggest la pegi bekam sunnah dekat tempat yang dia penah buat hari tu. katanya wife kepada lelaki yang bekam en suami aku tu pun pandai massage + bekam. 

Sesungguhnya memang takut juga nk berbekam ni. maklum lah guna jarum sume tu, sbb en suami cakap terase la juga. tapi sebab dia kan lelaki setakat sakit sikit2 kire best la bagi dorang. setelah dapat no hp tempat aku nk p bekam tu. aku set la appointment nk pi sana atas alasan nk massage sahaja... tempat aku buat ni di pasir pekan, kelantan bersebelahan je dengan office tempat aku keje.

sampai sana aku massage tradisional + bekam 5 cup sebab aku darah rendah. selain tu aku buat bekam angin. habis sume lebam2 belakang badan tapi kesan dia ok la..... confirm lepas ni aku jadi pelanggan tetap utk massage + bekam angin. tahu kenapa???? sebab best dan selain tu caj dia murah sangat, sume sekali hanya RM 40 sahaja. Kalau pi massage kat spa RM 60. Untuk bekam darah maybe akan aku buat 3 bulan sekali ke bukan pe aku ni darah rendah + takut jarum... rase la juga time dia cucuk2 tu..... huhuhuhu, sampai aku suruh akak tu stop kejap.... 

Ok kesimpulanya, mmg aku syorkan sangat sape2 yang penat badan ke apa ke pegi la bekam sunnah. banyak la penerangan akak tu bagi tapi kalau nk tau detail sila google ye.... lagipun bekam ni amalan nabi kita. Kalau kita ikut sunnah Rasulullah kan dapat pahala..... :)

Jumaat, 11 Januari 2013

Cara Penjagaan Gigi Bayi Anda


Pemberusan gigi anak anda-Bila dan Bagaimana?

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi

Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :

1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk

2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak


Selepas 6 bulan

Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.

Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.



Ubat gigi

Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.




Cara memberus gigi anak anda

Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.

1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.

2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.

3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.

4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.

5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.

5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.

6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.



Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi

Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari

2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.

3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya

4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan

5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi

6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi



Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.



Selamat mencuba!Kredit info to DrLEen ~Gigi Sihat Senyuman Menawan~


Rabu, 9 Januari 2013

Persiapan rumah baru

Alhamdulillah.... menunggu hampir 2 tahun akhirnya baru dapat kunci rumah, sekarang tengah duk fikir dan cari idea terakhir utk persiapan rumah baru ni. jangan nanti dah siap-siap renovate nk adjust lagi.... kalau dapat buat macam ni pun dah kira ok kut ~ layanz